Ramai pelanggan saya berminat untuk membesarkan perniagaan mereka malah ramai juga yang mahu memulakan perniagaan sewa kanopi dengan modal yang besar. Kita semua maklum, perniagaan sewa kanopi jika dijalankan dengan teratur, ia akan memberikan pulangan yang besar dan amat berbaloi dengan pelaburan anda.
Perniagaan sewa kanopi bukanlah perniagaan yang biasa kebanyakan orang lain lakukan secara sambilan seperti jualan langsung (MLM), jual makanan kesihatan, jual sabun, jual insurance dan seumpamanya kerana ia memerlukan modal yang agak besar. Untuk peralatan yang lengkap, anda perlukan modal sekurang2nya RM30 ribu tidak termasuk lori dan stor serta modal bergerak seperti upah pekerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang lebih rendah. KLIK SINI
Ramai juga yang mendapatkan pinjaman peribadi untuk memulakan pinjaman, tetapi agak terhad dengan kemampuan yang ada, kecuali mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Tahukah anda kenapa kebanyakan peniaga berbangsa Cina mampu membesarkan perniagaan mereka dan mendapatkan pinjaman beratus ribu atau berjuta-juta dengan mudah? Selalunya kita lihat peniaga berbangsa Cina dapat membuka perniagaan yang besar dan lengkap berbanding bangsa lain di Malaysia. Kita selalu tertanya-tanya apakah mereka membuat pinjaman dengan Ah Long? atau menang judi? Adalah tidak patut dan tidak adil membuat andaian yang sedemikian rupa tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Seorang berbangsa Cina yang maju mempunyai kepercayaan bahawa mereka perlu teruskan hidup dengan berusaha bersungguh2 jika mahu bersaing dengan bangsa2 lain. Tiada provokasi perkauman di sini kerana kita semua tahu, sesiapa yang berusaha keras dan bijak memanafaat peluang, pasti akan berjaya tak kira bangsa apa pun mereka.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Selalunya kita lihat ramai peniaga berbangsa Cina berada di dalam bank atau keluar masuk bank hampir setiap hari. Kita selalu berfikir bahawa perniagaan mereka sangat maju dan memasukkan wang mereka ke dalam bank sebagai simpanan. Tahukah anda apa yang sebenarnya yang mereka lakukan? Mereka memasukkan duit ke dalam bank setiap kali menerima wang dari pelanggan. kenapa mereka melakukan ini, sedangkan mereka boleh memegangnya untuk membeli modal pusingan?
Kita selalu berfikir bahawa bank hanyalah tempat untuk menyimpan wang setelah mendapat keuntungan yang banyak atau untuk membuat simpanan apabila berlaku kecemasan dan tempat untuk membuat pinjaman serta bayaran pinjaman sahaja atau yang lebih sinis, tempat mengeluarkan wang apabila tiba tarikh menerima gaji :).
Kita semua maklum bahawa salah satu kriteria untuk kelulusan pinjaman bank adalah mempunyai perniagaan yang kukuh dan maju. Tetapi bagaimana pihak bank boleh mengetahui bahawa perniagaan anda adalah kukuh serta berpotensi untuk membuat bayaran balik pinjaman tersebut?
Dengan memasukkan setiap ringgit yang diperolehi dari perniagaan yang dilakukan, pihak bank akan tahu bahawa anda sedang aktif berniaga dan mempunyai sumber untuk membayar pinjaman balik. Pihak bank tidak melihat berapa banyak wang yang anda keluarkan tetapi berapa banyak yang anda masukkan.
Anda boleh memasukkan wang hasil perniagaan setiap hari dan mengeluarkannya keesokkan harinya. Tidak menjadi kesalahan untuk berbuat demikian malah tidak dikenakan bayaran langsung. Ini bertujuan untuk mengukuhkan rekod kewangan anda apabila pihak bank mahukan rekod prestasi perniagaan anda. Pihak bank tidak akan tanya berapa banyak sijil yang anda ada, berapa tinggi anugerah yang anda terima, tetapi mereka akan melihat penyata akaun anda bagi memastikan anda benar-benar berniaga.
Yang paling penting, anda tiada rekod senarai hitam oleh pihak bank negara (ccris / ctos) yang sudah pasti permohonan anda tidak akan diluluskan. Pihak bank akan mengambil kira risiko jika memberikan pinjaman kepada anda. Mereka tidak pernah menunjukkan anda bagaimana untuk anda berjaya mendapatkan keuntungan dari perniagaan anda. Mereka mahu anda bayar pinjaman yang anda telah ambil dari mereka. Pihak bank akan teliti kemampuan anda membuat bayaran hasil dari perniagaan anda dengan cara melihat penyata akaun anda yang aktif.
Sebab itu saya katakan tadi, kebanyakan peniaga berbangsa Cina yang berjaya mudah mendapat pinjaman sehingga berjuta ringgit kerana mereka mempunyai penyata akaun yang sangat kukuh hasil dari kerajinan mereka memasukkan segala sumber kewangan yang mereka terima dari perniagaan. Mereka hanya perlu menyerahkan penyata audit akaun mereka kepada pihak bank dan pasti akan mendapat kelulusan yang mudah disebabkan kekukuhan perniagaan mereka diukur dari kekuatan penyatan akaun yang sangat aktif. Mereka menggunakann wang pinjaman tersebut untuk mengukuhkan perniagan mereka seterusnya menguasai pasaran dengan menggunakan modal yang besar dan menjadikan mereka terus maju serta sukar digugat.
Tips di atas adalah diadaptasi hasil dari perbincangan saya dengan pihak bank sendiri yang mendapati peratus peminjam berbangsa melayu agak rendah berbanding bangsa Cina yang menggunakan kaedah di atas. Pihak bank sebenarnya perlukan orang-orang seperti anda yang telah membaca blog ini untuk maju dan mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan anda di mana pinjaman juga adalah salah satu produk mereka bagi meningkatkan keuntungan mereka selain pelaburan.
Oleh itu, bagi mereka yang telah membaca blog ini, jika mahu meluaskan perniagaan atau memulakan perniagaan, teruskan perniagaan anda dan perlu memasukkan wang hasil dari jualan / bayaran pelanggan ke dalam bank sebelum mengeluerkan semula untuk modal pusingan. Rekod-rekod tersebut amat penting bagi pihak bank untuk anda membuat pinjaman.
Mulakan dari sekarang! Kejayaan anda adalah di tangan anda. Kami hanya bantu dari segi maklumat dan pengetahuan yang mencetuskan idea dan fikiran untuk tindakan anda seterusnya. Semoga berjaya! Kita jumpa di puncak kejayaan. In sha Allah.
Oleh itu, bagi mereka yang telah membaca blog ini, jika mahu meluaskan perniagaan atau memulakan perniagaan, teruskan perniagaan anda dan perlu memasukkan wang hasil dari jualan / bayaran pelanggan ke dalam bank sebelum mengeluerkan semula untuk modal pusingan. Rekod-rekod tersebut amat penting bagi pihak bank untuk anda membuat pinjaman.
Mulakan dari sekarang! Kejayaan anda adalah di tangan anda. Kami hanya bantu dari segi maklumat dan pengetahuan yang mencetuskan idea dan fikiran untuk tindakan anda seterusnya. Semoga berjaya! Kita jumpa di puncak kejayaan. In sha Allah.
Anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut pinjaman wang bagi pembelian set lengkap kanopi dari kami.
KLIK SINI untuk mengetahu berkenaan kemudahan pinjaman.
KLIK SINI untuk mengetahu berkenaan kemudahan pinjaman.
0 Ulasan