Jumaat, 27 September 2013

Persediaan asas untuk memulakan perniagaan sewaan kanopi

| Tiada Ulasan

Meja makan beradab

Assalamualaikum, terima kasih masih mengunjungi blog dan laman web Saidina Excel Canopy.

Ramai pengunjung yang begitu berminat untuk menceburi bidang penyewaan kanopi tetapi tiada asas dalam penyelenggaraan perniagaan ini.

Di sini kami memberikan sedikit panduan kepada anda yang betul2 berminat dan komited untuk merebut peluang perniagaan yang sangat berpotensi dan menguntungkan jika dilakukan dengan komited dan bersungguh2.

Kanopi dan peralatan sangat diperlukan dalam majlis2 perkahwinan (dalam dan luar dewan), majlis2 keraian yang lainnya seperti ekspo2, khenduri, hari jadi, perjumpaan, perasmian, lawatan VIP dan sebagainya...

Perniagaan ini sangat menggalakkan dengan permintaan yang sangat tinggi memandangkan kurangnya penawaran perkhidmatan ini. Seringkali terdengar rungutan tiada kanopi untuk disewa tatkala diperlukan.

APAKAH YANG DIPERLUKAN untuk kelengkapan perniagaan ini?

1. MODAL ASAS untuk pembelian kanopi serta peralatan.

Bergantung kepada kemampuan anda, tiada had maksima.
Untuk 5 set lengkap kanopi (20' x 20') memerlukan modal sebanyak RM20,000.00 - RM30,000.00 (termasuk meja, kerusi, alas, sarung, scallop, kipas, lampu dll.




   
Dapatkan di www.saidinaxlcanopy.com.my    
 




Jika anda mempunyai modal yang kurang dari di atas, anda boleh memilih untuk membeli keperluan asas sahaja iaitu: Kanopi, longkang hujan (gutter), meja, alas meja, kerusi, lampu, kipas dan wayar. Untuk 4 set kanopi asas (20 ' x 20') memerlukan modal sebanyak RM16,000.00 - RM18,000.00. Anda boleh membuat penambahan setelah mendapat keuntungan atau mendapat sumbar yang lain kemudian.

PERLUKAN PINJAMAN UNTUK MENAMPUNG PERNIAGAAN / TAMBAH STOK KANOPI ANDA? KLIK SINI 

Anda boleh menghubungi Saidina Excel Canopy untuk mendapatkan sebutharga atau khidmat nasihat (percuma) mengenai bilangan kanopi serta peralatan mengikut kemampuan anda. 017-3613212 / 012-2173059 atau


Dapatkan pakej kanopi DI SINI


2. STOR penyimpanan kanopi dan peralatan. 

Keluasan sekurang2nya 20' x 30' atau lebih. Anda boleh membina sendiri, membeli atau dengan menyewa ruangan kedai. Patikan pintu hadapan boleh dibuka dengan luas agar memudahkan untuk memasuk dan mengeluarkan barang2. Modal juga perlu diperuntukkan untuk pembinaan / penyewaan stor tersebut. Kadar modal adalah bergantung kepada nilai kawasan anda. 


3. LORI untuk pengangkutan.

Anda perlu memiliki lori sebagai kemudahan pengangkutan untuk membawa kanopi serta peralatan ke lokasi majlis. 
Kapasiti yang paling sesuai adalah lori dengan muatan 3 tan dengan kepanjang 17 kaki. Walaubagaimanapun anda boleh memulakan dengan lori yang lebih kecil mengikut kesesuaian.
Anda perlu membuat pendaftaran lori serta menghadiri kursus di JPJ untuk lesen GDL.

Modal sebuah lori (3 tan) adalah sekitar RM30k (terpakai) atau lebih. Anda boleh membeli secara tunai atau bayaran bulanan.


Anda boleh juga menyewa lori tetapi agak merugikan untuk jangka masa panjang.  

4. MESIN BASUH untuk mencuci alas meja, scallop, skirting, scallop dll.

Anda memerlukan mesin basuh dengan kapasiti yang besar (5 kg - 15 kg) untuk membasuh kain2 alas meja, sarung keusi, scallop dll.






5. TENAGA KERJA seramai sekurang2nya 4 orang.

Anda boleh mempunya pekerja tetap atau sambilan.

Untuk pekerja tetap, anda boleh memberi gaji sebanyak RM800 - RM1000 mengikut pengalaman. Perlu membayar overtime jika kerja di luar waktu biasa. Bayaran overtime sekitar RM3/jam. 

Waktu biasa tanpa pemasangan, perlu diberikan tugas2 seperti pembasuhan kain2 alas meja, scallop, kanvas dll.

Untuk pekerja sambilan, anda boleh memberi upah sebanyak RM30 - RM50 untuk pemasangan setiap kanopi (kongsi). Contoh: Jika 4 orang memasang 6 kanopi, maka setiap seorang akan mendapat RM45 - RM75.

OK, tu je la perkara asas yang anda perlu sediakan untuk persediaan sebelum menceburkan diri dalam penyewaan kanopi.

Yang lain2 seperti latihan pemasangan kanopi, scallop boleh dipelajari dengan mudah. Kami akan berikan tip-tip ringkas yang memudahkan anda menghasilkan pemasangan kanopi yang lengkap.


Terima kasih

SELAMAT DATANG KE PERNIAGAAN SEWA KANOPI
































Tags :
Catat Ulasan

Maklumat Popular

Follow by Email


Page Rank myairar Backlink checker to saidinaxlcanopy.blogspot.com
|
Saidina Group | Hartanah | Waris Canopy | Haqem Canopy | Yusli Canopy | Ramlee Kanopi | LHA CREATION | DNK | Sales @ Saidina Group | Saidina Steel Furniture | Saidina.my