Kanopi - Pengetahuan asas (mesti baca)



Saidina Excel Canopy menyediakan kanopi dengan design yang direka khas yang memudahkan pengguna serta menjimatkan masa, ruang dan yang penting sekali wang anda. 

Sebelum membeli dan menggunakan kanopi, sila baca beberapa perkara di bawah ini sehingga habis. Ini penting agar anda lebih faham perkara asas yang perlu diketahui mengenai kanopi.   

Rajah 1. Kanopi Arabian
Rajah 2: Kanopi Piramid

Saidina Excel Canopy membekalkan kanopi arabian dan piramid yang mempunyai ciri-ciri asas yang kukuh dengan rangka (frame) yang teguh dari besi dengan ketebalan standard 1.6mm. Anda mempunyai 2 pilihan samada yang bercat atau tahan karat (galvanized).

RANGKA BESI (FRAME) 

Rajah 3. Rangka besi (frame) sebelum di sapu cat atau melalui proses galvanisasi.
Apa yang membezakan antara rangka bercat dan galvani adalah ketahanan daripada mengalami proses pengoksidaan yang menyebabkan besi tersebut menjadi karat.

 
Rangka besi (frame) berketebalan 1.6mm digunakan pada kanopi Arabian yang memerlukan ketegangan serta kanopi piramid dan A shape yang digunakan untuk tujuan yang lasak seperti penyewaan atau perlu pembukaan dan pemasangan yang kerap.

Rangka besi (frame) berketebalan 1.2mm hanya digunakan pada kanopi piramid dan A-shape yang dipasang secara kekal atau jarang dibuka dan pasang. Besi jenis ini tidak sesuai untuk kanopi arabian kerana ia mudah bengkok akibat ketegangan yang diperlukan untuk menarik kanvas. 

Anda perlu berwaspada dengan sesetengah penjual yang tidak bertanggungjawab menggunakan frame jenis ini dan mendakwa sesuai untuk tujuan penyewaan. Anda mungkin tidak perasan kerana perbezaan ketebalan yang hanya 0.4mm tetapi memberi impak yang besar kepada aktiviti penyewaan kanopi anda.   

Nota: ketebalan rangka kanopi tidak menjamin kekuatan apabila berlaku ribut taufan atau kekuatan tiupan angin yang luar biasa. Anda dinasihatkan memasak tiang kanopi untuk mengelakkan kanopi diterbangkan oleh angin. Tiada jaminan untuk sebarang bencana alam.

Rangka besi (frame) bergalvani (tahan karat) melalui pemanasan yang tinggi ketika proses galvanisasi. Ini memerlukan besi yang berketebalan 1.6 mm agar tidak membengkok akibat kepanasan yang tinggi ketika proses galvanization dilakukan.

Kos untuk proses galvanizing adalah antara RM250.00 - hingga RM300.00 untuk setiap kanopi bersaiz 20' x 20'

Rajah 4: Besi frame bergalvanis (tahan karat)

Galvanisasi (atau galvanization) adalah proses membuat salutan zink kepada keluli atau besi, untuk mengelakkan berkarat. Istilah ini berasal dari nama saintis Itali Luigi Galvani. Walaupun galvanisasi boleh dilakukan dengan elektrokimia dan proses electrodeposition, kaedah yang paling biasa digunakan adalah galvanisasi celup panas , di mana bahagian-bahagian keluli dicelup dalam kawah zink lebur yang panas. 

Rajah 5: Tiang besi kanopi yang bergalvani (tahan karat)

Rangka besi (frame) bercat hanya melalui proses pengecatan pada peringkat akhir pembuatan. Ianya boleh tahan daripada kekaratan sehingga 3 - 4 tahun sebelum memerlukan pengecatan semula. 

Biasanya rangka besi jenis ini sesuai digunakan untuk kanopi yang dipasang secara kekal atau jarang sekali dibuka. 


Rajah 6: Rangka besi (frame) bercat. 
Sebelah kanan adalah besi yang telah 2 - 3 tahun digunakan


Besi rangka (frame) jenis ini kurang sesuai untuk kegunaan penyewaan kecuali bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah. Ini kerana beberapa faktor berikut:-
1. Karat dari besi rangka akan melekat pada kanvas ketika proses pemasangan dan pembukaan mengakibatkan kekotoran yang sukar untuk dicuci.
2. Kekaratan akan berlaku setelah 3 - 4 tahun dan proses pengecatan semula perlu dilakukan yang memakan masa.
3. Kos untuk proses galvani adalah lebih mahal jika menjadikannya tahan karat.
4. Memerlukan masa yang lama untuk proses membaik pulih rangka (frame) yang telah karat dan ini akan menyukarkan jika pada masa yang sama anda mendapat tempahan sewaan kanopi yang banyak.

Rajah7: Tiang besi kanopi yang telah berkarat (4 - 5 tahun) 




Terdapat beberapa jenis kanvas di pasaran. Perbincangan di sini hanya menyentuh kanvas yang digunakan untuk kanopi sahaja. 

Terdapat dua (2) jenis kanvas utama di pasaran yang sesuai untuk digunakan bagi kanopi iaitu buatan Korea dan China:-

Kanvas buatan Korea mempunyai anti-UV yang menghalang dari serapan kepanasan cahaya matahari dan memberikan refleks warna yang menarik. Ciri-cirinya yang berkilat, licin, kuat dan teguh menjadikannya cantik, tidak mudah kotor dan tahan lebih lama. Berketebalan 0.38mm, (250D) menjadikannya kuat dan tahan lasak. lihat spesifikasi kanvas: Klik sini

Kanvas ini adalah yang paling sesuai digunakan untuk tujuan penyewaan kanopi kerana ciri-cirinya yang tersebut di atas. Rajah 5 menunjukkan imej kanvas buatan Korea yang licin dan berkilat. Klik sini untuk lihat kanvas lutsinar (transparent).

Rajah 8. Kanvas Korea yang telah siap dipotong sebelum melalui proses penyambungan

Rajah 9: Kanvas Korea yang licin dan berkilat. Warnanya yang kebiru-biruan menunjukkan sifat anti-UVnya yang dapat memantulkan cahaya kepanasan. 


Kanvas buatan China berketebalan 0.35mm digunakan untuk tujuan biasa seperti pemasangan kekal atau tempat letak kereta. Berbanding dengan kanvas buatan Korea, ianya agak kesat dan tidak berkilat. Kanvas jenis ini tidak begitu sesuai untuk tujuan penyewaan kecuali bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah.

Rajah 10: anda mungkin tidak dapat membezakan antara kanvas buatan China dan Korea jika tidak memerhatikan dengan betul2. Ianya agak kesat dan tidak berkilat.

Anda perlu berwaspada dengan sesetengah penjual yang tidak bertanggungjawab menggunakan kanvas jenis ini untuk kanopi yang anda gunakan untuk tujuan penyewaan. Mereka menyatakan kanvas tersebut adalah dari Korea sedangjan ianya adalah sebaliknya. Anda mungkin tidak perasan kerana perbezaan rupa dan ketebalan yang tidak begitu ketara. Anda boleh membeli kanopi ini tetapi dengan harga yang lebih murah. 


Berhati-hati memilih kanopi: Kebanyakan pelanggan ada yang mengadu kanopi yang mereka beli dari penjual kanopi lain telah rosak akibat hujan lebat. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh faktor design struktur kanopi yang lemah yang mengakibatkan air hujan bertakung di bahagian atas kanvas dan akhirnya kanopi runtuh akibat bebanan air hujan yang telalu berat.

Faktor lain adalah disebabkan kanvas yang nipis dan tidak berkualiti serta tidak mampu menampung  tekanan yang ekstrem.

Rajah 11. Kanopi dengan design yang tidak sempurna, kanvas yang berkedut dan tidak kukuh.
Rajah 12. kanopi yang mempunyai kualiti tinggi dengan kanvas yang tegang dan struktur yang kukuh.
Anda sendiri boleh bezakan dari Rajah 11 dan 12 bagi struktur kanopi yang rendah kualiti dan yang tinggi kualitinya. Pilihan terletak di tangan anda...






Catat Ulasan

0 Ulasan