Ahad, 4 Mei 2014

Meja Bulat untuk Khemah Kanopi

| Tiada Ulasan

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Saidina Excel Canopy, salam sejahtera semoga kehidupan anda bertambah baik dan sentiasa bersemangat dalam mengharungi berbagai cabaran yang semakin hebat. Anggaplah semua itu peluang. Tiada kejayaan besar yang dapat dicapai dan dikecapi dengan mudah. Semua atas usaha yang gigih dan bersemangat dan bijak mengatur strategi dan masa.

Kali ini saya akan memberikan sedikit gambaran meja bulat yang digunakan dalam khemah kanopi  untuk sebarang majlis seperti khemsuri kahwin dan semua majlis keramaian.

Meja bulat amat popular buat masa kini kerana memberikan susunan yang cantik dan nampak mewah ditambah dengan alas meja yang menarik. Dahulu digunakan hanya untuk mja VIP tetapi trend masa kini, meja bulat menjadi meja bagi semua tetamu.

Meja bulat yang biasa digunakan untuk tetamu mempunyai dua (2) saiz iaitu:

1. Diamater (lebar) 4 kaki untuk muatan 8 orang
Meja ini biasanya boleh dimuatkan sebanyak 5 biji untuk khemah kanopi bersaiz 20' x 20'

2. Diamater (lebar) 5 kaki untuk muatan 10 orang
Meja ini biasanya boleh dimuatkan sebanyak 4 biji untuk khemah kanopi bersaiz 20' x 20'

Nota: Khemah kanopi bersaiz 20' x 20 boleh memuatkan sebanyak 40 buah kerusi bersama meja.


Meja bulat ini dibuat dari papan lapis (plywood) dibahagian atas (table top) bersama kaki besi yang tahan karat (galvanized).

Spesifikasi Meja Bulat:
Tinggi: 2' 6"
Tebal papan lapis (plywood): 12mm
Ukuran kaki: 1" x 1"
Tebal besi: 1.2mm


Bahagian atas (table top) dan kaki meja adalah berasingan yang memudahkan untuk penyimpanan serta menjimatkan ruang stor dan semasa pengangkutan menggunakan lori.



Dibahagian bawah table top (papan lapis) terdapat kayu untuk kaki meja.



Meja bulat ini memerlukan alas meja sebagai tambahan agar lebih cantik.




OK terima kasih atas kunjungan ke blog ini. Baca lagi post2 dan informasi2 berguna untuk perniagaan anda. Kami akan sentiasa bersedia untuk memenuhi semua kerpeluan anda, 


































Tags :
Catat Ulasan

Laman Web


HUBUNGI KAMI

03-60571884 / 2884 (Pejabat Jualan)
017-3160970 (Suriati)
017-2666047 (Shahira)
017-3760139 (Syazwan)
017-3613212 (Azhan)
012-2173059 (Saidon)

Maklumat Popular

Follow by Email


Page Rank myairar Backlink checker to saidinaxlcanopy.blogspot.com
|
Saidina Group | Hartanah | Waris Canopy | Haqem Canopy | Yusli Canopy | Ramlee Kanopi | LHA CREATION | DNK | Sales @ Saidina Group | Saidina Steel Furniture | Saidina.my