Khamis, 6 Februari 2014

Panduan: Perbezaan antara kanopi dan peralatan yang rendah kualiti

| Tiada Ulasan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog Saidina Excel Canopy - Pembekal Kanopi / Khemah Utama Malaysia.

Semalam pasukan Pemasaran dan Teknikal kami telah bertemu dengan pelanggan yang sangat berpotensi yang telah mendapatkan khidmat kami untuk pembekalan produk Saidina Excel Canopy bagi memenuhi keperluan aktiviti mereka. 

Pelanggan tersebut adalah CK yang menjalankan perniagaan industri Makanan serta Khidmat Katering. Syarikat ini mempunyai reputasi yang besar dalam industri katering. 

Di atas kapasiti dan kemampuan yang tinggi dalam pembekalan kanopi serta peralalatan yang lengkap, Saidina Excel Canopy telah menjadi pilihan CK dalam pembekalan bagi projek mereka. Salah satu sebab adalah kecekapan pihak Saidina Excel Canopy dalam memenuhi keperluan pelanggan.

Perbincangan yang teliti telah dibuat dan hasilnya persetujuan yang konkrit telah dicapai dalam kerjasama antara dua pihak.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai testimoni dari pihak CK dalam pemilihan pembekal serta kualiti produk kanopi yang menjadi pilihan.     

1. Kualiti dan spesifikasi kanopi dan peralatan yang dibekalkan oleh Saidina Excel Canopy adalah sangat bertepatan dengan semua tujuan penggunaan seperti penyewaan kanopi dan katering. Ini disebabkan pengalaman serta pengetahuan hasil dari kajian pembangunan yang dijalankan menjadikan produk Saidina Excel Canopy berkualiti dan tahan lama. Struktur ukuran besi yang sesuai dengan saiz dan kegunaan. 

Ada pembuat2 khemah / kanopi lain yang membekalkan kanopi dengan harga murah sedikit dari harga biasa, tetapi menggunakan struktur besi yang lemah, contohnya menggunakan besi sudut tepi yang bulat yang menyukarkan pengguna, besi yang nipis, kanvas yang tiada kualiti, Besi yang mudah berkarat atau galvanized yang nipis dan tidak tahan lama. Mereka sanggup memperdayakan pembeli dengan tawaran harga yang lebih murah sedikit, tetapi menggunakan kualiti bahan yang sangat rendah untuk mengaut keuntunguan yang melampau.

Contoh:

          
                Besi sudut Petak - Saidina Excel Canopy              Besi sudut yang bulat dan kecil - pembekal lain    

KLIK SINI untuk lihat spesifikasi penuh Kanopi.
        
Kita boleh bezakan antara keduanya bukan? Besi yang digunakan adalah bulat dan kecil. Bayangkan berapa kos keuntungan dari perbezaan saiz besi yang digunakan. Anda membayar harga yang sama dengan saiz besi besar yang kami gunakan sedangkan besi yang anda dapat adalah kecil dan tidak kukuh. Sepatutnya anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah untuk kualiti besi dan struktur yang sebegitu.  

BACA pengetahuan asas mengenai kanopi - KLIK SINI

Ramai dari kalangan pelanggan Saidina Excel Canopy yang telah mengadu, sebelum mendapatkan bekalan kanopi dari kami, mereka telah terpedaya dengan pembuat-pembuat khemah yang membekalkan kanopi yang tidak berkuaiti dengan harga yang sama atau murah sedikit dari harga biasa. Mereka memberikan maklumbalas yang negatif dengan sikap pembekal sedemikian.

Kepada pelanggan yang baru berjinak dengan bidang penyewaan kanopi, ingin kami nyatakan bahawa Saidina Excel Canopy juga mampu membekalkan kanopi dengan kualiti yang rendah seperti yang dinyatakan di atas dengan harga yang jauh lebih murah dari pembuat2 khemah yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari pelanggan yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal dalam struktur dan spesifikasi kanopi yang sesuai. Walaubagaimanapun, kami tetap memberikan cadangan yang terbaik dengan memberi pilihan kanopi yang sesuai dengan kegunaan setara dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.  

2. Setiap peralatan atau aksesori yang dibekalkan oleh Saidina Excel Canopy adalah berkualiti dan tahan lama. Namun demikian, kami masih mampu membekalkannya dengan harga yang murah kerana kuantiti jualan kami yang tinggi.

Ada pembekal yang sanggup membekalkan kerusi plastik kitar semula "recycle" (Warna HITAM) dengan harga yang murah sedikit sahaja dari harga kerusi plastik berkualiti tinggi tanpa memberitahu maerial yang digunakan kepada pembeli.

Kerusi hitam yang menggunakan bahan kitar semula

Kami terkejut apabila pihak CK menyatakan bahawa hampir membeli kerusi plastik dengan harga yang murah tanpa diberitahu kualiti bahan yang digunakan. Kami mampu membekalkan kerusi plastik berwarna hitam dengan harga jauh lebih murah tetapi akan sentiasa memberitahu kepada pelanggan yang memilih kerusi jenis itu adalah tidak tahan lama. 

Pengalaman kami dalam menggunakan kerusi yang rendah kualiti telah mendorong kami agar menasihati pembeli supaya tidak menggunakan kerusi plastik berkualti sedemikian bagi kegunaan sewa kanopi, katering atau dewan. Ini kerana kerusi tersebut akan hanya mampu bertahan selama setahun bagi kegunaan sedemikian. Ia akan mereput satu demi satu yang akan menggugurkan rambut anda juga  kerana kos untuk penggantian semula yang rosak adalah lebih mahal dan sangat merugikan.

Penggunaan kerusi hitam hanya sesuai untuk jangka pendek atau kegunaan persendirian dan tiadak memerlukan aktiviti yang lasak. KLIK SINI jika anda masih mahu membeli kerusi hitam yang lebih murah.

3. Perkhidmatan yang cekap dan efisien menjadi pilihan CK. Pihak CK pernah berurusan dengan pembekal yang telah berjanji dan bersetuju untuk membekalkan peralatan dalam masa terdekat. Tiba masany pihak pembekal tersebut telah gagal untuk menepati janji tanpa mencari alternatif yang lain dan meninggalkan CK terkapai2 sehingga bertemu dengan Saidina Excel Canopy di internet yang mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan baik. 

Kemampuan kilang kami dengan kapasiti yang tinggi (20 kanopi sehari) serta pengangkutan yang cekap telah menjadikan kami pilihan pembeli kanopi serta peralatan lain seperti meja, kerusi dll.

Pihak CK telah menceritakan pengalaman mereka sebagai syarikat penyedia makanan yang berjaya dengan berbagai testimoni yang menakjubkan. Tahniah CK.

Banyak lagi perkara yang telah dibincangkan dalam menjalin kerjasama antara CK dan Saidina Excel Canopy. Akhirnya persetujuan yang konkrit telah berjaya dicapai oleh kedua pihak.
Tags :
Catat Ulasan

Laman Web

Maklumat Popular

Follow by Email


Page Rank myairar Backlink checker to saidinaxlcanopy.blogspot.com
|
Saidina Group | Hartanah | Waris Canopy | Haqem Canopy | Yusli Canopy | Ramlee Kanopi | LHA CREATION | DNK | Sales @ Saidina Group | Saidina Steel Furniture | Saidina.my