Misi dan Visi serta matlamat perniagaan Syarikat Saidina Excel Canopy


SAIDINA EXCEL CANOPY  dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Saidina Excel Services Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 25 Januari 2005 pada awalnya menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi untuk orang perseorangan bagi majlis-majlis khenduri kahwin dan seumpamanya di sekitar Batang Kali. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan katering dan pengangkutan lori.

Pada tahun 2008, dengan usaha yang gigih Pengasas syarikat ini, En. Saidon Bin Mohd Sohor,  ia telah berkembang pesat dengan memberi khidmat sewaan dan membekalkan kanopi ke seluruh daerah Hulu Selangor.

Pada tahun 2010, En Saidon telah bergabung dengan En Md Azhan yang bertindakk sebagai Pengurus Besar - Pemasaran dan Pentadbiran bagi melebarkan perkhidmatannya membekalkan kanopi dan kanvas serta peralatan kepada pengusaha-pengusaha kanopi di seluruh Malaysia, serta memberikan khidmat sewa kanopi, katering dan pengangkutan kepada penduduk setempat. Saidina Excel Canopy terus berkembang pesat dan aktif memberikan perkhidmatan yang lebih profesional dengan memiliki organisasi yang lebih tersusun.

Dengan Pengurusan dan Pentadbiran yang lebih mantap, syarikat ini telah bekerjama dengan rakan kongsi dalam bidang pembuatan kanopi serta kerusi plastik dengan kapasiti yang besar menjadikan syarikat ini lebih berdaya maju. Syarikat ini mampu membekalkan kanopi berkualiti tinggi dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.  

Pada tahun 2012, Saidina Excel Canopy telah menghasilkan laman web yang lebih dinamik, informatif dan mesra pengguna dengan menawarkan berbagai produk kanopi dan kanvas serta kelengkapan samada untuk jualan atau sewaan. Dengan tawaran yang menarik beserta dengan harga yang murah bagi produk yang sangat berkualiti, Saidina Excel Canopy berjaya menarik ramai pelanggannya untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Pada tahun 2013, Saidina Perabot telah ditubuhkan yang menjalankan perniagaan pembekalan perabot pejabat terus dari kilang.  

Satu lagi website telah dilancarkan pada tahun 2014, Mudah | One Stop Canopy & Furniture  website berkonsepkan kedai / stor online bg memudahkan pelanggan membuat pembelian secara terus. Website ini menawarkan kesemua jenis produk Saidina Excel Canopy dan Saidina Perabot.

Saidina Excel Canopy telah membuat perancangan yang lebih rapi dan inovatif bagi setiap aspek dalam pentadbiran, kewangan, operasi, logistik, pemasaran, khidmat pelanggan serta jualan. Syarikat ini mempunyai visi dan misi yang lebih besar ke arah memberikan perkhidmatan dan kualiti produk ke tahap yang paling tinggi. Usaha yang berterusan dilakukan untuk mempertingkatkan keupayaan syarikat dengan meluaskan skop kepakaran serta meneroka pasaran yang lebih luas dengan cabaran yang lebih besar.

Saidina Excel Canopy mempunyai pasukan yang dilatih khas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta cekap dalam bidang masing-masing. Kualiti dan kepuasan pelanggan amat dititkberatkan yang menjadi asas dalam semua aktiviti syarikat ini.

Syarikat ini sentiasa membuat penyelidikan dari segi kualiti produk, harga, khidmat pelanggan, pemasaran dan yang paling penting adalah kepuasan pelanggan. Setiap aspek akan diambil kira bagi memantapkan pasukan, produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Perkhidmatan yang ditawarkan:

1. Membekalkan kanopi, marquee tent, khemah lipat (pasar malam) dan kanvas.
2. Membekalkan semua jenis peralatan dan kelengkapan kanopi.
3. Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha kanopi baru dan lama.
4. Memberi khidmat sewaan kanopi.
5. Memberi Khidmat Katering.
6. Memberi Khidmat Pengangkutan (lori).
7. Memberi Perkhidmatan pembinaan laman web.
8. Membekalkan perabot dan peralatan pejabat.

Populariti Laman Web Saidina Excel Canopy telah meningkat hasil sambutan yang sangat menggalakkan dari pelanggan:

Page Rank Check saidinaxlcanopy.com.my Alexa/PageRank

Ini adalah hasil usaha gigih serta komitmen yang diberikan yang mendapat kepercayaan serta kepuasan setiap pelanggan.

Antara Syarikat-syarikat yang telah mendapatkan perkhidmatan dari Syarikat Saidina Excel Canopy:
PAID KKB - Pejabat Agama Islam
MAIS Zakat Sdn Bhd
Gamuda Water Sdn Bhd
Puncak Niaga Sdn Bhd
Jord (M) Sdn Bhd
CIMB Btg Kali
MMC-Gamuda KVRT
Zastra Sdn Bhd
Ceruk Kampong Food Industries Sdn Bhd
Koperasi Wawasan Seroja Sepang Berhad
Kemaman Bitumin Company Sdn Bhd
Bir Ha Management Sdn Bhd
Seri Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Amat Sinar Sdn Bhd
Kolej Komuniti Hulu Selangor
Institut Profesional Baitulmal, KL
Universiti Kebangsaan malaysia
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM, Jeli, Kelantan
Hotel Singgahsana
Hotel Seri Malaysia
Yen Bee Auto, Cheras
Syarikat BK, Kuching, Sarawak
Gofocus International Sdn Bhd
Jurus Positif Sdn Bhd, Petaling Jaya
JR Success Group Sdn Bhd, Kelana Jaya
OMG Brands
Bestway Resources
LNS Hardware, Kuala Terengganu
Moly Arts Sdn Bhd, Kuantan
Rashtahul Resources
SMK Jerangau, Dungun
SMK Seksyen 7, Shah Alam
SMK Seri Bentong, Karak
Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam
Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban
Masjid Kubang Ikan, Terengganu
Surau Syukuriah Prima Saujana
Surau At-taufiqiah Jalan Menteri KL
Surau Al Falah Kota Damansara
Surau Al Ikhwan Tg Malim
Rumah Anak2 Yatim
Pengusaha2 Kanopi serta individu2 perseorangan di seluruh Malaysia
dan banyak lagi...

Di samping itu juga Syarikat ini juga memberi latihan pemasangan kanopi serta pembnaan laman web secara percuma kepada pegusaha-pengusaha kanopi yang mendapatka bekalan kanopi dari Saidina Excel Canopy.

Kami juga memberi ruang kepada pengusaha kanopi yang lain khususnya pembeli kanopi dari syarikat Saidina Excel Canopy dengan menyenaraikan mereka dalan senarai pengusaha kanopi berdaftar yang memudahkan mereka medapatkan pelanggan bagi perkhidmatan sewa kanopi untuk penduduk setempat. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.




































Catat Ulasan

0 Ulasan