Kemudahan Pinjaman untuk Bisnes Sewa Kanopi - Saidina Excel Canopy


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog Saidina Excel Canopy.

Saya ingin menarik perhatian anda kepada post kali ini dengan mengumumkan satu berita baik bagi syarikat yang mahu berurusniaga dengan Saidina Excel Canopy.

Syarikat Saidina Excel Canopy menyediakan kemudahan pinjaman sehingga RM50,000.00 kepada syarikat yang layak yang ingin membeli produk2 dari Saidina Excel Canopy atau Saidina Perabot.

Tertakluk kepada Terma & Syarat

Pinjaman HANYA bagi mereka yang mempunyai SYARIKAT yang telah beroperasi sekurang2nya 6 bulan dan mempunyai rekod kewangan / jualan. Bagi mereka yang belum ada syarikat, baca sampai habis...

Butir2 pinjaman adalah seperti berikut:
1. Pinjaman kewangan dari tempoh 1 hingga 5 tahun.
2. Jumlah pinjaman sehingga RM50,000.00.
3. Kadar faedah serendah dari 6.38% (faedah tetap) setahun (untuk tempoh 5 tahun).
    Kadar faedah adalah bergantung kepada tahap risiko peminjam - Tertakluk kepada penilaian.
4. Tidak perlu membuat sebarang kertas kerja, hanya sediakan dokumen lengkap.
5. Tempoh kelulusan yang pantas - 14 hari dari tarikh permohonan. Penilaian ringkas serta 
    lawatan tapak akan dilakukan. 

Syarat Kelayakan:
1. Warga negara Malaysia
2. Umur antara 21 hingga 60 tahun.
3. Mempunya daftar Syarikat dan/atau lesen perniagaan (SSM).
4. Telah menjalankan perniagaan dengan tempoh minima 6 bulan. 
5. Perniagaan dijalankan sepenuh masa oleh pemohon. 

Dokumen yang diperlukan:
1. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi.
2. Salinan daftar perniagaan dan/atau lesen perniagaan.
3. Salinan Kad Pengenalan pemohon depan dan belakang - 2 salinan.
4. Bukti pendapatan (rekod jualan - seperti resit jual beli, penyata akaun bank, invois dll).
5. Salinan buku akaun bank. (muka surat depan dan baki terakhir yang telah dikemaskini).
6. Lain2 dokumen berkaitan perniagaan yang dijalankan (jika ada). 

Tiada penjamin diperlukan.
Tiada yuran pemperosesan - Semua akan diuruskan secara percuma.
Tiada yuran lain yang tersembunyi.

Pinjaman adalah tertakluk kepada kelulusan. Pengeluaran wang akan diberikan dengan pantas dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang telah menyerahkan dokumen yang lengkap. Wang tunai tidak akan diberikan kepada pemohon. Pemohon akan terus menerima produk dari tempahan yang telah dibuat.

Syarat pinjaman adalah sangat mudah dan SAH DI SISI UNDANG-UNDANG. Anda tak perlu pening kepala membuat kertas kerja untuk meyakinkan pihak bank lain yang memberikan berbagai2 syarat yang ketat dan faedah kewangan yang tinggi. 

Kertas kerja akan dibuat untuk anda secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran. Perlu diingat bahawa majoriti pihak bank memerlukan kertas kerja untuk permohonan pinjaman yang akan dikenakan bayaran dalam lingkungan RM3,000.00. 

Anda juga tak perlu cari Ah Long. Jangan cari nahas, cari kami... Kami akan bantu anda.

Pinjaman anda akan sedaya upaya diluluskan walaupun anda mempunyai sedikit masalah dengan pihak bank. Hubungi kami sekarang!

Jika anda mempunyai modal yang tidak mencukupi untuk pembelian set lengkap kanopi sebagai contoh, modal anda hanya RM20,000.00 tetapi merancang untuk menambah bilangan kanopi dan peralatan lengkap bagi tujuan perniagaan kanopi yang semestinya berpotensi, BERITAHU KAMI! 

Anda boleh gunakan wang tunai RM20,000.00 tersebut untuk kegunaan lain seperti lori dan sebagainya. Kami akan bantu anda dalam pembelian kanopi dan peralatan lengkap dan seterusnya merealisasikan matlamat anda. Pinjaman 100% sehingga RM50,000.00 disediakan. 

Anda tidak perlu mempunyai perniagaan kanopi, hanya perlu ada syarikat perniagaan yang telah berjalan dan mempunyai rekod jualan yang boleh menunjukkan bahawa syarikat anda sedang aktif menjalankan perniagaan.

Adakah anda hanya mempunyai modal kecil dan belum mempunyai sebarang perniagaan? atau anda baru nak menceburi bidang perniagaan kanopi dan anda memerluakn pinjaman? Anda memang belum layak... tetapi anda tak perlu risau...

Anda boleh gunakan modal yang ada serendah RM10,000.00 - RM15,000.00 dan mulakan perniagaan dulu. KLIK SINI

Anda akan dibimbing dengan rapi dalam tempoh 6 bulan untuk melengkapkan syarat dan dokumen yang diperlukan. Setelah tempah 6 bulan dengan rekod jualan yang lengkap, permohonan anda akan terus diterima dan diproses untuk kelulusan. Anda boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000.00 mengikut keperluan.

Anda hanya perlu menghubungi kami dengan permohonan pembelian produk2 dari Syarikat Saidian Excel Canopy atau Sadina Perabot.

Pihak kami akan memberikan khidmat nasihat berkenaan keperluan anda dalam menampung perniagaan yang sedang dijalankan dan memberikan sebutharga yang terbaik.

Berminat? Buat tempahan sebarang produk Saidina Excel Canopy sekarang dan buat permohonan untuk pinjaman.


Bagaimana pinjaman mudah diluluskan oleh bank?


KLIK SINI untuk permohonan sebutharga. Senaraikan produk yang anda perlukan, nyatakan anda perlukan pinjaman untuk menampung keperluan anda. 

KLIK SINI untuk PAKEJ LENGKAP KANOPI 



  
































Catat Ulasan

0 Ulasan