Spesifikasi Khemah Kanopi berkualiti - MESTI BACA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengujung blog Saidina Excel Canopy. 

Kali ini saya menulis beberapa perkara mengenai spesifikasi kanopi yang berkualiti khusus untuk pembaca yang ingin tahu mengenai khemah kanopi.


Sebelum anda membaca post ini, saya minta anda baca dulu pengetahuan asas mengenai kanopi yang perlu kita ketahui. KLIK SINI

Kebanyakan kanopi / khemah menggunakan besi dengan ketebalan 1.6mm (high quality) dan 1.2mm (low quality).

Apa yang membezakan antara kanopi yang baik dan kurang baik adalah ukuran dan spesifikasi rangka besi (frame tersebut).

SPESIFIKASI STRUKTUR RANGKA (FRAME) KANOPI / KHEMAH:


Ketebalan Besi (Mild Steel) : 1.6mm

Ukuran Besi Palang tepi: 1½" x 2½" x tebal:1.6mm
Ukuran Tiang: 2" x 2" x tebal 1.6mm
Ukuran Besi Penyambung Tiang: 1½" x 1½" x tebal:1.6mm
Ukuran Besi Bahagian atas: 1½" Pipe AA
Ukuran besi sudut penyambung: 1' x tebal:1.6mm (besi petak)
Ketinggian maksima kaki: 8' x 6"
Ketebalan Kanvas: 0.38mm


Perhatikan pada setiap ukuran besi khemah kanopi tersebut. 

Adakah ukuran besi tiang 2" x 2"?
Adakah ukuran besi palang 1½" x 2½"?
Adakah ukuran besi bulat bahagian atas 1½"?

Anda boleh bandingkan harga kami yang membekalkan khemah kanopi kepada anda menggunakan spesifikasi di atas. Anda mungkin boleh mendapatkan harga yang lebih murah dari kami tetapi perlu berwaspada dengan ukuran besi dan kualiti yang diterima. Ada yang menggunakan besi yang sama tebal 1.6mm, tapi ukuran tiang adakah sama atau lebih kecil?

Spesifikasi dan ukuran struktur kanopi di atas adalah yang terbaik yang pernah di hasilkan dengan design yang mantap. Anda tidak akan lihat besi yang melandut atau bengkok yang pasti tidak tahan lama.

Berikut adalah antara imej2 komponen kanopi yang asas kanopi. Klik imej untuk lihat komponen di laman web kami.  







KLIK SINI untuk lihat komponen kanopi berkualiti

Terima kasih kerana menyokong kami. Anda adalah pelanggan kami yang sangat kami hargai. Semoga segala maklumat yang kami berikan memberi manafaat kepada semua.


Catat Ulasan

0 Ulasan