Bagaimana memulakan perniagaan sewa kanopi dengan modal yang rendah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan Saidina Excel Canopy.
Ramai yang telah membaca blog ini teruja untuk mengikut jejak langkah rakan2 mereka yang berjaya dalam perniagaan sewa kanopi. 

(Artikel di bawah adalah hak milik intelek Saidina Excel Services Sdn Bhd. Sebarang peniruan / penciplakan adalah dilarang. Sila gunakan kepakaran anda sendiri untuk sebarang tulisan / pos.)

Majoriti pengusaha perniagaan sewa kanopi tidak cukup tangan melayan tempahan sewa kanopi terutama bila musim perayaan seperti Hari Raya dan perayaan lain. Mereka meraih keuntungan dengan rezeki berganda2 hasil usaha yang gigih memenuhi permintaan pelanggan yang  tidak putus2.

Dengan permintaan yang tinggi untuk sewaan kanopi menjadikan perniagaan ini sangat menarik dan menyeronokkan. Majoriti pelanggan kami menyatakan mereka telah menerima tidak kurang dari 3 pertanyaan dan tempahan sebelum barang2 kelengkapan kanopi mereka sampai setelah membuat pembelian dari Saidina Excel Canopy. Mereka semua sangat teruja dengan tidak diduga menerima panggilan telefon dari pelanggan yang tidak dikenali tanpa membuat sebarang promosi. Tanpa disedari nama2 mereka telah ditemui oleh pelanggan di laman web Saidina Excel Canopy

Pengunjung blog dan pelanggan Saidina Excel Canopy akan sentiasa dididik dengan pengetahuan yang berguna agar menjadi peniaga yang berjaya seterusnya menjana ekonomi yang pesat untuk negara. 
Terus kepada topik yang asal iaitu bagaimana hendak memulakan perniagaan kanopi dengan modal yang rendah? Ada yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pemasangan kanopi dan ada juga yang tiada langsung pengetahuan dalam pemasangan kanopi.

Saidina Excel Kanopi mempunyai pelanggan yang ramai yang terdiri dari berbagai peringkat, ada yang hanya cukup2 modal tanoa sebarang pengalaman sehinggalah yang mempunyai modal ratusan ribu ringgit dengan pengalaman berniaga yang luas. Sehingga kini semuanya berjaya membina perniagaan kanopi dengan gigih dan meraih keuntungan yang berlipat ganda.


Jika anda memiliki modal yang rendah dan hanya mampu memiliki 3 hingga 4 set kanopi dengan peralatan yang asas sahaja, anda tidak perlu gusar kerana perniagaan sewa kanopi adalah sangat fleksibel.   


Kami menyediakan pakej kanopi berkualiti dengan harga yag paling murah mengikut kemampuan anda. 

Anda risau dengan modal yang rendah, anda tidak mampu menampung permintaan yang tinggi? Anda risau jika anda ada 4 kanopi, bagaimana jika pelanggan perlukan 5 - 8 set lengkap kanopi? sedangkan nama anda telah ditemui oleh ramai pelanggan berhampiran dengan anda dari website Saidina Excel Canopy?
Hubungi pengusaha kanopi yang berhampiran dengan anda untuk menampung kekurangan anda. Jika merka mempunyai lebihan stok kanopi dan peralatan yang lain, meraka pasti akan membantu anda. Ini adalah perkara yang biasa dilakukan oleh rakan2 pengusaha kanopi yang sentiasa saling membantu sesama mereka kerana sebagai pengusaha kanopi yang bijak tidak akan bergerak bersendirian. Lagipun, mereka tidak akan menolak kerana anda memberikan mereka rezeki dengan mengambil tempahan sewa untuk mereka. Jika lain kali mereka tidak cukup stok, mereka pula akan mencari anda. 

Jadi, apa yang perlu anda tunggu? 
Tiada lori? guna lori sewa sebagai permulaan. dapatkan keuntungan yang sedikit dahulu, sebenarnya keuntungan anda adalah terletak pada kemahiran dan pengalaman yang amat berharga yang tidak akan anda dapat jika anda hanya asyik berfikir dan berfikir tanpa bertindak. 

Tiada stor? Beli kanopi murah dengan gred yang rendah dan pasangkan dibelakang rumah anda jika ada lebihan kawasan yang boleh memuatkan rangka, kanvas, meja dan kerusi.


Rekodkan semua pembayaran dari pelanggan dan jangan lupa untuk memasukkan semua wang hasil sewa ke dalam bank. INI PENTING!!! Anda perlu ada statement bank yang aktif untuk permohonan pinjaman pembiyaan perniagaan dari pihak bank. Setelah masukkan duit tersebut hari ini, esoknya anda nak keuarkan semula tiada masalah kerana pihak bank perlukan bukti yang anda mendapat keuntungan atau mempunyai aliran wang hasil perniagaan yang dijalakan, secara ringkasnya, anda memang berniaga, bukan cakap kosong je.

Ramai peniaga melayu yang gagal membuat permohonan pinjaman kerana mereka tiada penyata kewangan yang diperlukan oleh pihak bank untuk membuktikan mereka betul2 berniaga. Majoriti peniaga bukan melayu lebih mudah mendapatkan pinjaman dengan jumlah yang tinggi kerana mereka sentiasa memesukkan hasil jualan mereka ke dalam bank stiap ringgit yang diterima. Tidak lama kemudian mereka keluarkan semula untuk modal pusingan atau perbelanjaan lain. Kita sering melihat bukan melayu keluar masuk dari bank tanpa mengambil tahu apa sebenarnya di sebaliknya. Dapat duit je terus pakai semula untuk modal pusingan... MASUKKAN BANK DULU, KELUARKAN KEMUDIAN - untuk penyata kewangan.



Setelah 6 bulan atau lebih, anda boleh membuat permohonan untuk pinjaman membeli set kanopi dan perlatan yang lebih lengkap yang menjadikan anda pengusah kanopi yang berdaya maju. Semoga Berjaya!

Bagaimana pinjaman mudah diluluskan oleh bank? - KLIK SINI



Catat Ulasan

0 Ulasan