Tahun 2015 akan menutup tirainya hanya setengah bulan saja lagi. Cabaran demi cabaran telah kita lalui sepanjang tahun 2015. Bagi saya tahun 2015 adalah tahun yang paling mencabar di mana banyak perkara yang hebat telah kami tempuhi sepanjang tahun ini. Berbagai pahit manis, suka duka yang menjadi panduan dalam meneruskan perjuangan ke arah yang lebih baik.
Semua orang tahu bahawa cabaran rakyat Malaysia tahun 2015 adalah GST yang memaksa kita membayar cukai barangan dan perkhidmatan 6% dari cas yang dikenakan. Semua telah maklum bahawa kita tak boleh lari dari membayar cukai ini. Cabaran kedua adalah kejatuhan nilai ringgit yang sangat teruk sejak 1997 mengakibatkan kos barangan menjadi mahal.
Semua perkara di atas menjadikan kuasa membeli rakyat Malaysia bagi golongan pertengahan dan ke bawah, dengan sumber pendapatan yang ada telah mengecut dan memaksa mereka mengubah cara berbelanja. Barang-barang keperluan asas perlu diutamakan sebelum membuat keputusan untuk membeli barang-barang lain.
Kerancakan ekonomi telah terbantut dengan fenomena di atas, menjadikan ramai peniaga yang terpaksa mengurangkan kos operasi mereka dan menukar strategi jualan kepada target jualan yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Ada juga di antara peniaga yang gulung tikar akibat kurang atau hilangnya permintaan dari pelanggan yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka.
Bagi Saidina Group, kami mempunyai strategi dan kaedah tersendiri bagi menghadapai cabaran hebat di atas. Kami telah berjaya mengekalkan momentum jualan hasil kerja keras kami memperbaiki segala kelemahan yang ada. Segala usaha yang telah kami usahakan sebelum ini banyak membantu dalam menangani kemerosotan kunjungan pelanggan dan seterusnya mengekalkan prestasi jualan kami.
Segala cabaran yang telah kami lalui, akan menjadi satu bekalan yang sangat penting dalam memajukan dan meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan kami. Hasil dari kerja keras tersebut, kami telah berjaya menarik lebih ramai lagi pelanggan dari dalam dan luar negara. Kepakaran kami dalam menyediakan produk yang berkualiti ditampung dengan pengalaman memberikan khidmat penghantaran ke seluruh dunia tanpa batasan.
Alamat baru Saidina Group:
Saidina Excel Services Sdn Bhd
No. 8, Jalan Mahagoni 7/2A
Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali
44300 Batang Kali
Selangor
Tel: 03-60571884
Fax: 03-60570305
Klik imej untuk lihat di laman web
Kami menyediakan semua jenis peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan kanopi / khemah.
Klik imej untuk lihat di laman web
Kami juga adalah pemborong dan pembekal perabot pejabat & sekolah:
0 Ulasan