MEJA - DEFINASI PENTING YANG BERMANAFAAT UNTUK MANUSIA SEJAK BERZAMAN LAMANYA

 


PENGENALAN

 

MEJA

Meja (dari bahasa Portugismesa[1], bahasa lama: kekuda[2]) adalah salah satu perabot berupa permukaan datar yang disokong oleh beberapa kaki (biasanya empat). Meja sering dipakai untuk meletakkan barang dan makanan dengan ketinggian tertentu supaya mudah dijangkau ketika dihadap secara duduk. Meja umumnya dipasangkan dengan kerusi.

Meja[U1]  adalah barang asas perabot, yang diketahui dan digunakan di dunia Barat sejak sekurang-kurangnya abad ke-7 SM, yang terdiri daripada bahagian rata daripada batu, logam, kayu, atau kaca yang disokong oleh tresles, kaki atau tiang.

Fungsi utama meja digunakan untuk meletakkan barang, seperti dokumen, komputer, makanan dan minuman. Selain itu, digunakan untuk menulis, membaca, membuat kerja di pejabat atau di sekolah, santai, makan & minum, bermesyuarat, digunakan di pelbagai majlis dan lain-lain.

 

KANDUNGAN

Di laman web saidina.com.my kami membahagikan meja kepada 2 kategori iaitu: Meja 1 (meja pejabat) and Meja 2 (meja pelbagai guna). Meja 1 merangkumi meja pengarah, meja eksekutif, meja L shape/ egronomik, meja pejabat, meja tulis berlaci, meja mesyuarat, meja kaunter dan meja komputer. Meja 2 merangkumi meja tepi, meja banquet, meja sekolah, meja peperiksaan, meja restoran/ medan selera, meja plastik lipat, dan meja kopi.  

 Meja pejabat terdapat 3 komponen utama iaitu;

a)     top meja,

b)     kaki meja,

c)     modesty

 

a) Top meja

Bentuk meja

Terdapat beberapa bentuk top meja;

       i.          Rectangular shape

     ii.          Oval shape

   iii.          Boat shape

   iv.          L-shape

     v.          D-shape

   vi.          Round shape

 

Warna Meja

Terdapat beberapa warna top meja:

       i.         

Harga murah

White

     ii.          Grey

   iii.         

Harga sederhana

Beech

   iv.          Cherry

     v.          Maple

   vi.          Thuja light

  vii.         

Harga mahal

Elmer

viii.          Cappuccino

   ix.          Walnut

     x.          Makassar

Saiz meja

-        Tebal top selalunya berukuran 25 mm.

-        Panjang meja (width) terdapat 4 kaki, 5 kaki, 6 kaki, dan seterusnya.

-        Lebar meja (depth) terdapat saiz 1.5 kaki, 2 kaki, 2.5 kaki 3 kaki dan seterusnya.

-        Tinggi meja (height) standard saiz iaitu 750 mm dan meja yang lebih tinggi 900 mm untuk meja lab, bar dan sebagainya.

Untuk memudahkan pengiraan, *1 kaki bersamaan dengan 300 mm

Top meja diperbuat daripada kayu, chipboard, dll.

Tambahan aksesori di top meja seperti plug disediakan bagi permintaan pelanggan.

 

b)Kaki Meja

Terdapat pelbagai bentuk kaki meja;

       i.          End desk panel

     ii.          Curve panel leg

   iii.          Matrix U leg

   iv.          Matrix square leg

     v.          I cantilever leg

   vi.          J cantilever leg

  vii.          Inula A leg

viii.          Pole leg

   ix.          Square metal leg

     x.          2” round metal leg

   xi.          3” round metal leg

  xii.          Inula leg

xiii.          Invis leg

 

 

Kaki meja diperbuat daripada kayu, chipboard, besi, dll.

Harga sesebuah meja bergantung kepada saiz meja, warna meja, material meja yang digunakan dan kaki meja.

 

c)Modesty

Modesty adalah papan atau panel yang terpasang di bahagian depan meja kerja, untuk menutupi bahagian kaki pengguna.

Modesty meja selalunya diperbuat daripada chipboard (serbuk kayu yang mampat), kayu ataupun besi.

Tujuan utama modesty disediakan untuk sesetengah meja adalah untuk menahan meja daripada melengkung dan kepada pekerja wanita yang memakai pakaian yang singkat untuk menutupi bahagian kakinya.

 

KESIMPULAN

Pemilihan meja sangat penting untuk kegunaan harian, dimana kita perlu menitik beratkan gaya kontemporari dan moden, sokongan yang boleh dipercayai dan tahan lasak, tahap keselesaan yang tinggi dan kekemasan dalam pembuatan perabot tersebut. Maka, saidina perabot adalah pilihan tepat anda untuk pemilihan meja untuk digunakan di pejabat, sekolah, hospital, dewan dan banyak lagi.

 

 

RUJUKAN

1.      Dalgado, SebastiĆ£o Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 224–225.

2.     ^ Lombard, Denys (1996). Nusa Jawa: Silang Budaya. 1: Batas-Batas Pembaratan. Penerbit Gramedia. m/s. 285.



Catat Ulasan

0 Ulasan