Salah satu perkara yang paling memeningkan kepala adalah melihat longgokan kain kotor yang bertimbun dan tak bersih-bersih walaupun telah dibasuh.
Memang memeningkan. Sana sini kain, dah basuh, jemur pun tapi kotoran tetap melekat. Guna mesin basuh paling besar dan paling mahal pun tak boleh selesaikan masalah. Garu kepala yang tak gatallah jawabnya.
Lebih-lebih lagi bila majlis yang menggunakan kain alas meja, sarung kerusi, skirting, scallop di gunakan masa musim hujan. Dengan lumpur melekat, berselepat, tu belum lagi dengan kuah kari dan makanan yang tumpah... Aduhaaiiii... Rasa macam dah give up nak buat biz ni.
Mesin basuh punya lah canggih manggih, yang paling mahal tu... tapi tetap tak hilang kotoran. berbotol-botol klorox dan habis dituang, silap2 cepat jer reput kain2 tu...
Apa yang silapnya ni???
Hahaha... Tu lah... banyak sangat duit sampai bazirkan beli mesin basuh yang mahal2 konomya lagi mudah dan bersih pencuciannya...
Guna jer mesin basuh semi auto. Paling mahal dah paling besar pun (14 kg) tak sampai RM900 (masa blog ni ditulis).
Kenapa mesin masuh ni? Kalau korang tau, mesin basuh ni adalah yang terbaik sebab lebih kuat putarannya berbanding mesin basuh korang yang auto sangat tu. hihihi
Kuasa bilasannya pun lebih kuat dan laju...
Masukkan kain2 korang yang berlonggok tu, masukkan air dan klorox sebotol. set utk basuhan 10 minit pun dah cukup... dan habis 10 minit, jangan buang air tadi, terus pindah ke ruangan bilasan dan spin. sementara tu masukkan kain yang lain pada baki air cucian tadi dan buat basihan kedua sementara tunggu pusingan (spin) selesai.
OK tu jer... tak ada yang pelik... tapi benar belaka. Kalau tak caya, korang boleh cuba dan pasti puas hati...
Sekian, terima kasih
Wassalam...
*Semua gambar di atas adalah sekadar hiasan sahaja.
http://wasap.my/60173613212/PakejSetKanopi
atau kunjungi laman web kami untuk lihat pilihan pakej kanopi:
http://saidinaxlcanopy.com.my/harga_jualan_set_kanopi.html
0 Ulasan