Assalamualaikum,
Selamat sejahtera kepada semua rakyat Malaysia dan pembaca
blog Pembekal kanopi Utama Malaysia khususnya. Suasana sambutan dan semangat
tahun baru 2014 masih lagi segar dengan azam yang begitu kuat untuk terus maju dan berjaya.
Selamat maju jaya juga kepada semua rakan-rakan perjuangan
yang sama-sama berjuang dan berusaha dalam bidang dan ruangan yang sama,
bertukar-tukar pendapat dalam memudahkan segala yang berat dan sukar sebelum
ini menjadi lebih mudah dan ringkas.
Teknologi dan teknik sentiasa berubah, manusia sentiasa
berfikir, tidak akan mengulangi perkara yang boleh mengusutkan, tak perlu
berundur ke belakang, terus maju ke depan dengan cara yang lebih bijak.
Baru-naru ini saya bertemu dengan rakan yang sangat sporting,
yang telah sekian lama dalam bidang perusahaan sewaan kanopi, pemasangan
khemah, dekorasi dan segala yang berkaitan dengannya. Kami berbincang dan
bertukar2 pendapat mencari kaedah yang paling mudah dan ringkas dalam
mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan bidang yang kami ceburi.
Saya mempelajari beberapa teknik yang sangat menarik di mana
selalunya memerlukan beberapa orang untuk melakukannya, tetapi ianya boleh dilakukan
hanya dengan seorang diri… Menjimatkan tenaga kerja dan masa.
Antara yang paling menarik adalah teknik menaikkan tiang
kanopi atau khemah dengan hanya seorang diri dan mengangkat 25 buah kerusi
dengan cara yang mudah dan pantas serta beberapa teknik lain yang sangat berguna.
Teknik memasang tiang kanopi dengan hanya seorang diri:
Letakkan tiang bersebelahan dengan anda, gunakan kedua tangan menaikkan palang
kanopi dipenjuru kiri atau kanan setiap seorang. Setelah dinaikkan, luruskan sebelah
tangan tegak keatas (jangan bengkokkan siku, pastikan ianya lurus), gunakan
sebelah tangan lagi mengambil tiang dan pasangkan pada besi sudut. Mudah bukan?
Anda boleh praktikkan cara ini seberapa kerap sehingga menjadi biasa. Anda hanya
memerlukan 2 – 3 orang sahaja untuk memasang khemah / kanopi denagn sangat pantas berbanding dengan 4 - 5 orang
sebelum ini. KLIK SINI untuk lihat gambar pemasangan kanvas piramid.
Satu lagi teknik adalah mengangkat kerusi plastik sebanyak 20-25 unit sekali gus. Memang sukar dan berat kan? Lebih2 lagi kerusi 3V. Tapi percayakah anda? Dengan teknik yang
betul, segala kerja anda akan menjadi mudah dan pantas tanpa merosakkan otot dan
tulang anda. Susun 20-25 kerusi plastik, pegang bahagian bawah kerusi tersebut dan
angkat dengan pantas ke bahu anda dan terus masukkan ke dalam lori. Macam susah
bukan? Anda cuba dan praktikkan, dan anda akan tahu. Kerja anda akan lebih
pantas dan mudah. Jika orang lain hanya mampu pasang 3 tempat majlis dalam satu
hari, anda mungkin mampu pasang 6 tempat dengan hanya 3 orang tenaga kerja berbanding
4-5 orang sebelum ini.
Teknik2 lain yang menarik yang telah kami bincangkan bersama
adalah seperti teknik memasang scallop dengan cara yang mudah dan pantas,
membasuh kain alas meja tanpa merosakkan kain tersebut, mencuci kanvas dan
berbagai2 lagi yang lain.
Saya harap teknik tersebut di atas dapat membantu anda
sebagai pengusaha kanopi meneroka cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa
dan tenaga.
Selamat Berjaya…
Kongsikan ilmu anda kerana teknologi tak pernah berhenti di
situ… Kalau dulu orang mengangkat batu besar menggunakan tangan beramai2, tapi sekarang hanya
menggunakan sentuhan jari… Tak mustahil akan datang pemasangan kanopi hanya mengunakan pandangan mata sahaja… Percaya tak?
Kami akan bantu anda dalam memasarkan perniagaan anda dengan membina laman web yang mampu menarik pelanggan ke tempat anda. KLIK SINI
0 Ulasan