Kanopi Kanopi Kanopi | Saidina Excel Canopy



SAIDINA EXCEL CANOPY dimiliki oleh Syarikat Saidina Excel Service yang ditubuhkan pada 25 Januari 2005 pada awalnya menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi untuk orang perseorangan bagi majlis-majlis khenduri kahwin dan seumpamanya di sekitar Batang Kali. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan katering dan pengangkutan lori.

Pada tahun 2008, dengan usaha yang gigih Pemilik dan Pengarah syarikat ini, En. Saidon Bin Mohd Sohor, syarikat ini telah berkembang pesat dengan memberi khidmat sewaan dan membekalkan kanopi ke seluruh daerah Hulu Selangor. Syarikat ini telah melebarkan perkhidmatannya membekalkan peralatan kanopi kepada pengusaha-pengusaha kanopi ke seluruh Malaysia sejak tahun 2010.

Saidina Excel Canopy mempunyai pasukan yang dilatih khas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta cekap dalam bidang masing-masing. Kami amat mementingkan kualti dan kepuasan pelanggan yang menjadi asas dalam semua aktiviti kami.

Kami sentiasa membuat penyelidikan dari segi kualiti produk, harga, khudmat pelanggan, pemasaran dan yang paling penting adalah kepuasan pelanggan. Setiap aspek akan di ambil kira bagi memantapkan pasukan, produk serta perkhidmatan yang kami tawarkan.

Perkhidmatan yang ditawarkan:

1. Membekalkan kanopi serta kelengkapan kepada pengusaha-pengusaha kanopi.
2. Memberi khidmat sewaan kanopi.
3. Memberi Khidmat Katering.
4. Memberi Khidmat Pengangkutan (lori).

Antara Syarikat-syarikat yang telah menggunakan khidmat kami:

PAID KKB - Pejabat Agama Islam
Gamuda Water Sdn Bhd
Puncak Niaga Sdn Bhd
Jord (M) Sdn Bhd
CIMB Btg Kali
Amat Sinar Sdn Bhd
Kolej Komuniti Hulu Selangor
Hotel Singgahsana
Hotel Seri Malaysia
Individu perseorangan

Di samping itu juga kami memberi latihan pemasangan kanopi kepada pegusaha-pengusaha kanopi yang mendapatka bekalan kanopi dari Saidina Excel Canopy.




Listed in LS Blogs the Blog Directory and Blog Search Engine

Search Engine OptimizationSubmit Express

http://www.addurl.nu www.activesearchresults.com LinkDirectory
Search Engine Submission - AddMe

Our partners:
http://crservices.saidinaxlcanopy.com.my

Catat Ulasan

0 Ulasan