Perniagaan: Apakah yang diperlukan untuk memulakan sebuah aktiviti perniagaan?

Adakah nenek moyang kita dulu berniaga perlu masuk universiti dan mengikuti kursus khas untuk memulakan perniagaan menjual goreng pisang atau nasi lemak? Tentu tidak bukan?

Ada orang kata nak mulakan perniagaan perlukan modal yang banyak. Betul ke? 

Ada orang kata kena pilih perniagaan yang boleh beri untung baru boleh mula. Betul ke?

Ada orang kata kena ada semangat yang kuat baru boleh mulakan perniagaan. ermmm ye ke?

Ada orang kata kena ada pengalaman. Tak buat lagi macam mana nak ada pengalaman? Betul tak?

Ada orang kata kena kaji risiko dulu baru boleh buat perniagaan. Yang ni berat sikit lah kan,

Ramai yang fikir, tak kira la orang kaya, miskin, yang bekerja makan gaji, profesional pun masih fikir nak buat perniagaan. Kenapa? Semua fikir berniaga boleh dapat untung yang boleh tambah pendapatan atau sara hidup. 

Namun ada yang takut rugi... terus pendamkan niat tu je. Tak apa, kita abaikan mereka yang fikir kerugian. Mungkin mereka betul. Tak ada siapa yang tahu.

Kita fokus macam mana nak mulakan perniagaan dengan modal serendah mungkin.

Jom kita mulakan sekarang!

Tak ada kejayaan besar yang boleh dicapai hanya dengan satu malam. Tak perlu fikir panjang. Mari kita buat dengan ubah fikiran kita. Buka seluasnya. Ambil pen atau pensil dan lakarkan apa yang ada di fikiran.

Kejayaan sesuatu perniagaan bukan diukur dari kemewahan yang dipandang oleh orang lain. Musibah dari Covid 19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 hingga hujung tahun 2021 banyak memberi pengajaran yang amat berguna kepada semua pengusaha atau peniaga. Ramai yang terjejas teruk dan ada juga yang gulung tikar. Namun kehidupan harus diteruskan.

Bermula semula dari bawah, inilah peluang untuk mencorak perniagaan tak kira kepada yang tidak pernah berniaga atau yang telah bertahun lamanya dalam perniagaan.

Ramai yang mengalami pengalaman pahit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seolah darurat, tidak dibenarkan keluar rumah, lebih teruk bagi peniaga adalah tidak dibenarkan berniaga secara terbuka. Tertutup sudah perniagaan yang selama ini menjadi sumber pendapatan untuk menyara keluarga. Banyak kedai tutup. Ramai yang mengalami kerugian, malah ada sehingga jutaan ringgit.

Namun ketika PKP, peluang terbuka luas untuk sudut lainnya, malah menjadi titik permulaan perniagaan secara online berkembang pesat.

Tapi bukanlah perniagaan secara online yang akan kita bincangkan. Ramai yang mengeluh bila mereka tak tahu guna peralatan digital. Mereka kecewa dan rasa ketinggalan. Macam mana dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang buta IT menjual sayur, keropok atau lain-lain barangan? Pastinya mereka tak pernah putus asa. Kehidupan mesti diteruskan. Bagi mereka yang percaya kepada kekuasaan Allah, mereka tahu Allah Maha Berkuasa dan Allah hanya beri amaran dan ingatan. Bangun semula wahai umat manusia...

Apa itu Perniagaan?
Kata asanya adalah niaga. Secara kasarnya, apa yang perlu dilakukan? Ya, jual, jual dan jual. Membuat jualan adalah asas dalam perniagaan. Namun banyak lagi yang perlu kita pelajari dalam membentuk perniagaan yang mantap. Kita mulakan dengan menjual.

Jual, jual, jual. Bagi yang tak suka menjual, jgn putus asa. Minat menjual boleh kita pupuk selepas ini. Juakan sangat penting. Tak kira jaual apa pun. Jual barang atau pun perkhidmatan. Pastikan yang halal.

Cari satu (1) produk, tak kira apa pun. Jangan banyak, SATU sahaja. Kalau anda dah memang ada jual produk, pilih SATU sahaja. Kalau anda belum ada produk atau perkhidmatan, pilih SATU sahaja. ye.. SATU sahaja.

Jual, jual dan jual. Tak kira dengan cara apa sekalipun. Yang penting, barang atau perkhidmatan tu terjual SECEPAT MUNGKIN. Tak ada had masa. Jual sahaja.

Bersambung....

Catat Ulasan

0 Ulasan