Memilih Pakej untuk Perniagaan Kanopi / Khemah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog Saidina Excel Canopy.

Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pelanggan kami yang telah mendapatkan khidmat dan produk dari syarikat Saidina Excel Canopy. Majoriti pelanggan telah berpuashati dengan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Sebarang kesulitan yang berlaku telah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Kami sentiasa berusaha mengkaji kehendak pelanggan dan akan cuba untuk memenuhi semua keperluan.

Perkhidmatan kami kami adalah menyeluruh bermula dari strategi pemasaran dengan menghampiri pelanggan baru dan lama sehampir yang mungkin agar semua pelanggan dapan mengenali kami dengan lebih dekat. Kami tidak memilih taraf pelanggan kami, dari pembelian reben serendah RM3.50 oleh indvidu perseorangan sehingga Marquee tent oleh syarikat korporat.

Keikhlasan kami dinilai dari kualiti produk dan perkhidmatan yang sampai kepada pengguna dengan penerangan serta mendidik pengguna dari setiap sudut. Kami menyediakan blog ini sebagai panduan kepada semua usahawan dan pengguna kanopi / khemah yang mahukan kualiti yang terbaik dan mengelakkan penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan dari pengguna yang kurang pengetahuan dalam bidang ini.


Kami menyediakan Pakej-pakej khas bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kanopi mengikut bajet masing-masing.


Saidina Excel Canopy menyediakan pakej-pakej khusus untuk pelanggan yang perlukan set kanopi bersama peralatan. Terdapat beberapa kategor pakej iaitu:

1. Pakej asas (A - H) - terdiri dari kanopi, salur hujan, meja dan kerusi.

2. Pakej 2 dalam 1 - Terdiri dari set kanopi yang mempunyai design khas kanopi dan piramid menggunakan frame yang sama.

3. Set Lengkap Kanopi - Terdiri dari set Kanopi bersama peralatan lengkap kanopi yang mengandungi semua peralatan kanopi yang lengkap untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan dan seumpanya.

Pakej ini memudahkan pelanggan membuat anggaran mengikut bajet masing - masing.
Bagi mereka yang ingin memulakan perusahaan kanopi, pakej-pakej ini amat sesuai kerana ianya lengkap bagi set permulaan yang asas dengan harga yang amat berpatutan.




1. PAKEJ ASAS KANOPI

Berikut adalah perbezaan antara setiap pakej (A - H).

Klik setiap pakej di bawah:
   
Jenis kanopi: Kanopi PIRAMID

Pakej A: Rangka BERCAT (silver) bersama meja BULAT & kerusi
Pakej B: Rangka BERCAT (silver) bersama meja PETAK & kerusi
Pakej C: Rangka BERGALVANI (anti-karat) bersama meja BULAT & kerusi
Pakej D: Rangka BERGALVANI (anti-karat) bersama meja PETAK & kerusi

Klik setiap pakej dibawah:
   
Jenis kanopi: Kanopi ARABIAN
Pakej E: Rangka BERCAT (silver) bersama meja BULAT & kerusi
Pakej F: Rangka BERCAT (silver) bersama meja PETAK & kerusi
Pakej G: Rangka BERGALVANI (anti-karat) bersama meja BULAT & kerusi
Pakej H: Rangka BERGALVANI (anti-karat) bersama meja PETAK & kerusi

2. PAKEJ 2 dalam 1
  pskej kanopi 2in1

3. PAKEJ LENGKAP KANOPI ARABIAN & PIRAMID
 pakej lengkap

arabian  piramid

Anda baru bercadang nak mulakan perniagaan sewa kanopi? Tapi tak tau bagaimana nak buat persediaan?

Catat Ulasan

0 Ulasan