Perniagaan Sewa Kanopi - Perniagaan yang rendah risiko bagi mereka yang komited.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog Saidina Excel Canopy tak kira di mana anda berada. Kami sungguh menghargai segala sokongan semua pelanggan kepada kami selama ini.

(Artikel di bawah adalah hak milik intelek Saidina Excel Services Sdn Bhd. Sebarang peniruan / penciplakan adalah dilarang. Sila gunakan kepakaran anda sendiri untuk sebarang tulisan / pos.)

Tahukah anda bahawa PERNIAGAAN SEWA KANOPI adalah antara perniagaan yang paling dipercayai oleh pihak BANK atau Institusi Kewangan? 

Pihak bank atau institusi kewangan yang lain termasuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak akan banyak soal jika anda memohon pinjaman atau peruntukan untuk membesarkan perniagaan Sewa Kanopi anda berbanding dengan perniagaan lain.

Ramai ahli perniagaan kecil yang lain cuba memohon pinjaman perniagaan kepada pihak bank atau peruntukan dari kerajaan agak sukar mendapat perhatian malah ditolak mentah2 walaupun menyediakan kertas kerja yang begitu terperinci. Dengan keadaan ekoniomi yang agak kurang memberangsangkan, pihak bank mengetatkan syarat2 kelulusan pinjaman berdasarkan kadar risiko peminjam yang gagal melunaskan bayaran balik pinjaman.

Kenapa perniagaan SEWA KANOPI menjadi keutamaan?

Berbanding dengan Pengusaha PERNIAGAAN SEWA KANOPI, mereka lebih mudah mendapatkan pinjaman dengan syarat segala dokumen dan penyata kewangan bank adalah lengkap bagi setiap transaksi yang dilakukan melalui perniagan tersebut serta tidak mempunyai rekod senarai hitam oleh Bank Negara.

KLIK SINI untuk mendapatkan set Kanopi lengkap untuk perniagaan sewa kanopi anda.

Pihak bank telah menilaikan Perniagaan SEWA KANOPI adalah antara perniagaan yang paling rendah risiko berbanding perniagaan yang lain dengan pulangan yang pasti bagi mereka yang komited.

Bagi mereka yang mencari peluang perniagaan yang rendah risiko dengan pulangan yang lumayan, PERNIAGAAN SEWA KANOPI adalah jawapan kepada anda.

SAIDINA EXCEL SERVICES SDN BHD menyediakan PAKEJ KANOPI yang sesuai untuk anda mengikut bajet dan keperluan. 

Kami berpengelaman luas dalam perniagaan ini dan telah melalui berbagai keadaan susah dan senang sepanjang menjalankan dan mengembangkan perniagaan sewa kanopi sehingga ke hari ini.

Beberapa kelebihan dalam Perniagaan SEWA KANOPI:-

1. ROI (Return on Investment) atau Pulangan dari wang yang dilaburkan sangat cepat berbanding perniagaan yang lain. Perniagaan ini memberikan keuntungan yang tinggi seiring dengan kekerapan pelanggan menggunakan kanopi dalam apa jua situasi dari sekecil2 majlis kepada majlis yang besar. Jika dahulu hanya digunakan pada majlis kahwin sahaja, selalunya waktu sekolah, tapi sekarang digunakan sepanjang tahun tapi mengira musim.

2. Permintaan yang tinggi. Penyewaan kanopi mempunyai permintaan yang tinggi. Seringkali pelanggan mempunyai masalah mendapatkan bekalan sewaan kanopi ketika musim2 perayaan, cuti sekolah dan cuti umum. Ini berlaku kerana permintaan melebihi penawaran pada satu2 ketika. Bekalan dari pengusaha tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna. 

3. Risiko yang rendah. Perniagaan sewa kanopi hanya memerlukan komitmen dari pengusaha terhadap permintaan pelanggan yang tinggi. Segala kehendak pelanggan yang perlukan sewaan kanopi perlu dipenuhi dengan menyediakan kanopi serta peralatan yang mencukupi. Kanopi adalah barangan yang tidak akan basi seperti makanan. Ia akan bertahan lama (dengan menggunakan produk dan peralatan yang seseuai dari pembekal yang bertanggungjawab terutama Saidina Excel Canopy).

4. Pulangan yang lumayan. Rata2 penguasaha sewaan kanopi mampu mendapatkan pulangan yang lumayan atas permintaan yang tinggi dari pelanggan. Kadar sewaan yang berbeza mengikut tempat adalah berdasarkan bilangan pengusaha, pelanggan dan jarak lokasi pemasangan. Kadar keuntungan adalah dikira setelah ditolak dari modal, upah pasang dan buka, pengangkutan, serta penyimpanan (jika menyewa). Bagi penguasaha yang telah beberapa tahun menjalankan sewaan kanopi, mereka lebih perpengalaman dan cekap dalam pemasangan yang mampu mengurangkan kos tenaga kerja dan perkara lain yang boleh menjimatkan kos operasi.

5. Kanopi adalah satu KEPERLUAN. Dengan komuniti penduduk yang semakin padat, agak sukar untuk mendapatkan tempat atau dewan bagi melaksanakan sesuatu majlis. Sesetengah tempat memerlukan masa setahun malah lebih lama untuk mendapatkan tempahan dewan. Dan hampir mustahil sesuatu majlis perkahwinan yang besar dapat dilakukan di dalam rumah yang mampu menampung ratusan tetamu kecuali mereka yang memiliki rumah yang amat besar. Justeru, dengan adanya kanopi, masalah kekurangan dewan dapat diselesaikan, Kanopi juga bukan hanya diperlukan untuk majlis2 tertentu sahaja, malah untuk sebarang keadaan, dari pengurusan kematian sehinggalah kepada majlis yang besar, semua perlukan kanopi.

6. Tiada had penggunaan. Pengusaha sewaan kanopi bukan hanya tertumpu kepada sewaan kanopi sahaja, mereka juga boleh menyewakan kerusi dan meja serta peralatan lain ke dewan2 yang memerlukan. Bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah lebih menguntungkan dan mudah diuruskan. 

Antara risiko yang perlu dihadapi oleh pengusaha kanopi adalah keadaan cuaca yang buruk mungkin mengakibatkan kerosakan peralatan akibat diterbangkan angin yang kuat serta hujan yang terlalu lebat. perkara ini tidak dapat dielakkan, sedangkan rumah juga boleh terbang akibat angin yang terlaulu kencang, ini kan pula kanopi.

Namun, terdapat beberapa langkah2 pencegahan yang boleh mengurangkan risiko tersebut. KLIK SINI untuk baca pos blog kami.

(Artikel di atas adalah hak milik intelek Saidina Excel Services Sdn Bhd. Sebarang peniruan / penciplakan adalah dilarang. Sila gunakan kepakaran anda sendiri untuk sebarang tulisan / pos.)

TERURAI SUDAH PERSOALAN ANDA? 
HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN SEWAAN KANOPI.

017-3613212 (AZHAN) / 012-2173059 (SAIDON)

KLIK SINI untuk dapatkan PAKEJ SET LENGKAP KANOPI UNTUK PERNIAGAAN SEWAAN KANOPI

Kami akan bantu anda dari segenap sudut dari pemilihan produk dan pakej yang terbaik sehinggalah strategi pemasaran bagi mengembangkan perniagaan anda yang anda tidak dapat dari pembekal kanopi yang lain.

"Kebanyakan pelanggan kami hairan bagaimana mereka dihubungi oleh pelanggan untuk mendapatkan tempahan sewaan kanopi sedangkan mereka baru sahaja membeli kanopi dari Saidina? Anda sendir tahu jawapannya... Website Saidina ada di mana2 di Google. Nama mereka telah tercatat di Website kami"

HUBUNGI KAMI SEKARANG untuk mendapatkan bekalan set lengkap kanopi yang murah dan berkualiti serta POTENSI perniagaan yang tinggi pulangannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan